Monday, December 29, 2008

Kenduri Firdaus Kamaruzzaman...



Berjumpa lagi di kita di dalam era blog ini. Syukur pada Allah swt, dgn izin-Nya, kita dapat lagi menyambut tahun baru Maal Hijrah pada tahun ini.



Gambar di atas ini ialah gambar kenduri sepupu aku di Kapar, Selangor.. anak kepada Mak Teh Timah.. ramai saudara mara dari Gerik dapat menghadirkan diri termasuklah mak dan ayah aku sendiri. Peluang utk melawat anak2 di Klang Valley terutama sekali dapat tgk rumah adik aku, Zaaba di seksyen 7, Bandar Baru Bangi...



Di sebelah kiri aku, Mak Long Rabiah (mak kepada Zack, yg berbaju orange). Dapat juga meluangkan masa utk berjumpa dengan cucu di Serendah dan juga Putrajaya. Bukan senang nak jumpa cucunya, Izzat setelah ayahnya meninggal dunia selepas kemalangan jalanraya pada tahun 1995.. beliau membesar di Kepong bersama2 dengan emak dan juga adik2nya. Zack sedang mendukung anaknya, Maisarah yang baru lepas kena chicken pork.. tak menangis pun menanggung kesakitan tersebut.. cuma menangis di kala lapar dan dahaga.. kagum aku dibuatnya...



Di belakang aku, berdirinya adik bongsu aku - Abdul Muhaimin bersama2 dengan sepupu2 aku - Ilyanie dan juga Izzatie. Muhaimin dan ILyanie masih muda dan belajar di insitut pengajian tinggi.. Manakala Izzatie menunggu result SPM.. InsyaAllah mereka bakal merangkul segulung ijazah utk dihadiahkan kepada ibubapa mereka.. Marilah kita doakan agar mereka berjaya demi masa depan mereka sendiri...



Di depan aku ialah anak aku sendiri.. Faizatun Najah dan juga Nur Firdaus Fawaz... dah pandai bergaya di depan kamera mengalahkan ayahnya yang mmg tak suka bergambar... :D



Gambar ini ditujukan utk tatapan sepupu aku, Gee di Doha....



Wednesday, November 26, 2008

Cuti Sekolah.....

Memang best jadi cikgu bila dapat bercuti panjang pada hujung tahun kan?? Macam2 boleh plan dan boleh pergi ke mana saja.. Plan mmg byk tapi cuti aku dibekukan... so, aku terpaksa kerja dan terus bekerja.... aku benarkan isteri dan anak2 aku pulang ke rumah mertua... biarkan mereka menikmati cuti persekolahan bersama2 org yang disayangi.. aku pula menjaga rumah yang setia... :D
Bulan depan plak raya haji... aku cuma dapat cuti 1 hari sahaja... camana aku nak buat agar aku dapat cuti panjang dan dapat temani ibu dan ayah aku di kg... mmg dah berpakat nak buat aqiqah dan korban pada hari raya tersebut bersama2 sepupu2 dan juga pakcik saudara.. malahan dapat menyambut kenduri abg daniar (nya)... dah tiba masanya dia memikirkan masa depannya sendiri...
Tanggal 14 Disember pula, sepupu aku di Kapar, Selangor akan menyambut kenduri kahwin beliau... berkahwin di usia muda... ada kebaikannya pada setengah org.. ia mungkin dapat mengelakkan maksiat di kalangan golongan muda yang semakin teruk... melalui pengalaman kawan2 aku, mereka dapat menyelamatkan diri mereka daripada terjerumus di dalam kancah maksiat bila dan berkahwin... mereka bertambah matang bila memikirkan tanggungjawab ke atas keluarga mereka sendiri... kata2 yg aku pernah dengar.. syukurlah aku kahwin awal.. kalau tak, tak tahu la apa akan jadi pada diri aku ni??... kepada Firdaus, berfikirlah dengan lebih matang dan fikirkan masa depan family anda... Anda akan menjadi khalifah di muka bumi ini....
20hb Disember? aku ada appointment dengan doktor aku pula.... sampai bilakah aku akan terus bergantung pada steroid??? tak ada penyelesaian lainkah yang perlu dibuat... :)
oklah... i am tired... it is a time for me to sleep...

Thursday, October 23, 2008

Projek Rumpai Laut di Semporna, Sabah




Tanggal 18 & 19 hb Oktober yang lepas, aku ke Semporna, Sabah utk melihat tanaman rumpai laut yang diusahakan di sana... Partner aku, Wan Syahidi menghantar aku ke LCCT di awal pagi... Terima kasih diucapkan... Tanp kuduga, berjumpa pula dengan cousin aku, Azam di sana yang membawa ahli koperasi ke sana...

Pertama kali naik flight ke Tawau mmg mengerunkan.... Bertolak pada pukul 6.55 pagi... kalau aku senyap, lagi la takut jadinya.. So, aku pun berborak dengan seorang askar TUDM yang balik ke rumah mertuanya di sana... Dia nampak cool jer.... Aku tak tidur sepanjang perjalanan kerana asyik berborak dengan pegawai askar tersebut...

Selepas 2 jam 30 minit, kami sampai ke Tawau... mmg indah pemandangan di sana... dari udara kelihatan sungai yang bersimpang siur... hutan bakau dan macam2 lagi... sungguh hebat ciptaan Allah...

Maaf nak ke masjid... menunaikan solat jumaat.. sambung lagi kemudian... Adios....

Thursday, September 25, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya...

Teristimewa buat teman-teman





Sempena tibanya bulan SYAWAL tidak lama lagi saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika:-





  • saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mau pun yang di sengaja,

  • saya ada menyakiti hati di antara anda semua saya ada terlanjur kata bila berbicara

  • dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini dan juga mohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya. semoga kita dapat menjalani HARI RAYA dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.


Salam, Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin " Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Thursday, September 11, 2008

Sudah 11 hari Ramadhan Berlalu...

Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk 12 hari kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Tanpa kita sedari, usia makin meningkat. Terlintas di dalam minda saya, adakah saya menggunakan masa yang diberi dengan penuh manfaat? Berapa lamakah kita luangkan masa utk beribadat kepada Allah? Adakah kita dapat luangkan masa kita bersama mak dan ayah kita di kala mereka memerlukan kita? Marilah kita berfikir sejenak....

Aku bersyukur pada Allah kerana dipanjangkan umur dan dapat meneruskan hidup ini bersama orang2 yang disayangi di keliling aku. Sepanjang aku bekerja sejak tahun 2003 sampai skrg ini, masa berbuka bersama keluargaku memang jarang memandangkan bekerja shift petang sampai ke malam. Terawikh pun sendirian. Dengan keadaan ekonomi yang tak begitu stabil, aku jarang pulang ke kampung. Di bulan yang mulia ini, aku memang suka balik ke kampung aku utk berbuka bersama-sama dengan adik beradik aku. Paling penting aku dapat merasa masakan emak aku yang tiada tandingannya. Dapat 1 hari susah memadai. Hari demi hari, aku lalui dengan tabah dengan penuh persoalan. Sampai bilakah aku harus hidup sedemikian rupa? Adakah aku mempunyai pilihan lain utk diusahakan agar aku ada masa aku sendiri bersama keluarga dan dapat beribadat di bulan Ramadhan?.

Tahun ini aku beraya di kampung mertua. Utk pertama kalinya, isteriku dan adik2 ipar aku akan menyambut raya tanpa ayah mereka. Aku masih lagi dapat menahan air mata di hari kematian beliau. Aku salah seorang yang memandikan jenazah. Mmg tak pernah aku melibatkan diri di dalam pemandian jenazah ini. Bukan takut tp cuma gerun sedikit bila memikirkan kisah2 yg tertulis di dalam Mastika. Walau bagaimanapun sebagai menantu sulong aku gagahkan diri. Arwah meninggalkan kami dengan penuh senyuman. Terdetik di hati aku, camana arwah dapat memiliki senyuman tersebut? Terkenangkan kisah hidup arwah, amalannya mmg dijaga dan beliau hidup tanpa hutang. Di dalam semua perkara, beliau tidak mahu berhutang. Kereta2 yang dimiliki olehnya dibeli secara tunai. Memang hebat bukan. Aku jua mempunyai impian hidup yang sama. Oleh itu, aku mesti terus berusaha tanpa pandang ke belakang. Hutang yang aku tanggung perlu ditukarkan kepada simpanan. Persoalannya bagaimana???

Untuk bertindak, kita harus tanya pada orang yang betul. InsyaAllah kita akan temui jalannya. Bagaimana dengan anda?


Saturday, August 30, 2008

Merdeka, Merdeka, Merdeka.....



Assalamualaikum semua....

Syukur pada Allah dapat bangun awal dan menunaikan tanggungjawab kepada-Nya di pagi ini.... Di pagi hari Merdeka ini, belum ada apa2 plan yang nak dilakukan.... Asalnya nak bawa anak2 keluar malam tadi & melihat bunga api tetapi di kala aku menjejak masuk ke dalam rumahku, mereka semua sudah nyenyak tidur diulit intan.. Tak sampai hati aku nak kacau mereka.. Tambahan pula isteri aku kelihatan sungguh penat menjaga anak2 aku... Aku pun tukar channel Astro kepada P812... Opsss ada game EPL plak malam nie... Mmg terbatal la niat aku nak ke mana2... Dah lama tak menonton EPL nie.. Game yang aku tunggu semestinya team aku yang cukup hebat... Tidak lain tidak bukan, The Gunners (Arsenal).....




Arsenal mmg hebat... Dengan adanya Arsene Wenger sebagai Manager, tidak apa yg nak dirisaukan... betul tak? Pilihannya mencari dan mengasah bakat pemain muda... Itu yang aku suka.. Kalah or menang perkara no. 2.. Apa yang lebih penting, mereka main dengan penuh semangat.. Tunggu punya tunggu, pukul 12.30am, barulah bermula game Arsenal lawan Newcastle bermula... Aku tak dapat bertahan sampai ke akhir game.. Penat kerja shift dari pukul 12pm - 9pm.. Macam biasa, dengan adanya streamyx aku dapat buat tahu result game tersebut... Arsenal 3-0 Newcastle - United Robin van Persie scored twice as Arsenal claimed a 3-0 victory against Newcastle United. Mereka mmg hebat bukan? Aku sambut merdeka di depan Astro jer pada tahun ini... :) Go Gunners Go!!

Wife aku ajak pergi makan roti canai plak.... Layan jer la.... Lagipun dah lama aku tak makan roti canai... Asyik makan nasi lemak jer pagi2... Sebut pasal nasi lemak ini, aku mmg suka makan di area opis aku... Pekena dengan sambal ikan bilis dan petai plak tue... Mmg sedap... Andaikata kerja shift pagi, aku mmg ke kedai tersebut... Kalau sapa2 yang kerja di area Jalan Munsyi Abdullah, boleh la aku tunjukkan kedai tersebut.... Mmg marvelous....

Aku cadang nak gi cari baju raya untuk anak2 aku pada hari ini.... Nak ke mana yer? Midvalley? Jaya Jusco Taman Equinne? KLCC? hmmm.... Nanti aku fikirkan ke mana harus aku tuju.... Belum pun puasa bermula, dah beli baju raya... Pada aku, aku cuma perlukan seluar Dockers 2 helai... Baju raya member aku dah belikan dari US dan UK. Terima kasih aku ucapkan kepada kawan baik aku, Saifullah dan Kamal bahrin. U all never forget to buy me something when had a trip to overseas.... Thanks again....

I need to go now... C u all again later....

Merdeka, merdeka, merdeka.... jangan sebut kalau tak tahu makna apa itu merdeka... :))



Sunday, August 24, 2008

Ramadhan Menjelang Lagi.....

Kita berjumpa lagi kali nie..... penat sket hari nie selepas bekerja keras pada hari Ahad yang lepas... Bukan senang nak senang kan?

Hari ini aku masuk kerja ptg... Tak ada apa yang nak diuruskan lagi selepas membuat bayaran kpd lawyer utk pembelian rumah di Bangi ini... Paling kurang 10k sudah dihabiskan utk beli sebiji rumah.... bermula bulan nie bermulalah pembayaran bulanan kepada pihak bank selama 28 tahun... bila umur 59 tahun, barulah habis bayar rumah tersebut... di dalam minda ini, tertanya2, ada tak cara camana nak langsaikan hutang rumah ini dalam tempoh yang terdekat. May be boleh bayar bulanan 9-10 tahun seperti mana kita membeli kereta... boleh ker? Apa yang harus kita lakukan utk mencapai impian kita tersebut? Marilah kita sama2 muhasabah diri kita utk dapatkan jalannya....

Kita berbalik pada tajuk di atas.... Syukur Alhamdulillah kita dipanjangkan umur pada tahun ini utk sama2 berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun lepas saya byk berbuka di Kelana Jaya bersama2 kawan kerja... Sekiranya habis kerja pukul 7 malam, kami segera ke masjid yang berdekatan. Dapatlah sama2 berjemaah berbuka dan solat maghrib... Kalau tak, saya akan singgah di rumah kak saya di BK3 Puchong... Makan ala kadar jer tp berat badan naik juga... ish ish ish.... Tapi tahun ini saya dah kawan2 kerja dah berpindah ke Capsquare, KL. Tak tahu lagi ke manakah harus kami tuju utk berbuka kali ini.

Bila sebut pasal Ramadhan, terfikir plak mcm mana nak balik raya, nak sediakan duit raya, beli baju raya dan macam2 lagi..... sekiranya tak berjimat di bulan Ramadhan, mmg semakin sengkek la jawabnya... ditambah pula dengan kos pulang ke kampung.... pening pening..... dah 5 tahun asyik pening jer tapi tak ada apa2 tindakan.... tahun nie mmg nak kena ada duit extra.. beraya di rumah mertua dulu.... niat di hati nak juga belikan baju raya pada adik2 ipar.. mengenangkan pak mertua sudah tiada lagi di dunia ini, saya harus menceriakan mereka.. tak sanggup tgk mereka bersedih mahupun berduka di pagi raya... Kena la saya berusaha utk dapatkan duit raya utk mereka semua..... Lagipun jasa arwah pak mertua mmg sentiasa terpahat di hati.... salah seorang insan yang saya hormati.... persoalannya, duit duit di manakah duit...... :)

Oklah nak kena bersiap pergi kerja pula..... Esok cuti tapi ada plan sampai malam.... Pada saya, "Hidup mesti ada usaha utk keluar daripada masalah kewangan"....

Saturday, August 2, 2008

Anak2 aku yg disayangi....


Salam semua.....

Dah lama rasanya tak menulis di blog ini.... sajer buat2 busy (BBB) dgn dunia yg sementara ini... lagipun tak der modal nak menulis la...

Ok here we go about my family.. mesti kawan2 tertanya2 siapakah hero & heroin di atas ini... heroin tersebut adalah anak sulung saya, Faizatun Najah nama diberi.. 23/5/2004 dia dilahirkan di Hospital Teluk Intan.. dah berumur 4 tahun.. dia sudah dihantar ke PASTI oleh isteri aku... bukan apa, cuba bagi dia peluang berkawan di sana selain mengelakkan daripada bergaduh dengan ayahnya utk menonton kartun di Astro.. :P

Hero yang di sebelah Faizatun Najah ialah Nur Firdaus Fawaz. Tanggal 27/12/2005 beliau dilahirkan di Hospital Kajang.... umurnya? kira la sendiri.. anda lebih hebat daripada saya di dalam kiraan.. :)..... dia merupakan anak yg ke-2 di dalam keluarga saya.. waris lelaki yg pertama.. mesti diajar erti hidup agar dia boleh jadi hebat seperti org lain... kenal siapa saudara-mara di keliling beliau agar ikatan kekeluargaan Haji Mahmud tidak akan dilupakan...

Pada saya, keluarga menjadi no. 1 di dalam apa2 perkara.. Saya ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih ke atas mak saya, Hajjah Hasnah Ibrahim dan ayah saya, Haji Abdul Ralib yg telah melahirkan dan membesarkan saya... Merekalah inspirasi saya di dalam mengharungi hidup saya ini. pada mereka, keluarga MESTI diutamakan di dalam apa2 perkara... pengorbanan mereka cukup hebat di dalam membesar saya dan adik2 beradik saya yg lain.... kadang kala saya berfikir sendirian, adakah saya setabah mereka di dalam mengharungi hidup saya ini?... cukupkah kasih sayang yg saya curahkan kpd mereka sebagaimana mereka menyayangi saya hingga kini?... sayangilah mak dan ayah kita selagi mereka ada... ucapkan kata2 sayang pada mereka agar mereka tahu kita sayangi mereka...

Opssss dah lari tajuk..... berbalik pada cerita anak2 aku.... ada lagi seorang hero... Syazwan Muqri nama diberikan... dilahirkan pada 17/7/2007.... tak der pulak gambar di dalam my document komputer ini... insyaAllah di masa depan saya akan masukkan... maaf..... dia adalah anak bongsu aku... terima kasih aku nak ucapkan pada isteri aku yang disayangi, Samahah Md Suhot... tanpa beliau tidak mungkin ada anak2 aku di dunia ini.... pada aku, dia cukup penyabar, tabah, dan penyayang kepada kami semua...

To All of U, I Love U All So Much!!!!

Daddy love u All....... Please remember that......



Monday, June 16, 2008

Kisah Teladan Utk Kita Semua..

Kisah Ini Lebih Menarik. Awalnya kelihatan indah dan Manis, Namun akhirnya agak kecundang, Tetapi Allah s.w.t Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan Menerima Taubat

"Kamarul, esok result keluar." Suara Imran kedengaran di hujung corongtelefon. "Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah."Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imrantadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning themidnight oil.

Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermaknabagi Kamarul. "Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah dikepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Mudadengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resumedihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja disyarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500.

Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarulmembuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Diakekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wangpendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai.

Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem. Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlumembayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi,Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borangpendapatan)."

Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpankemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan didalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan)Ansuran : RM 624

Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kinigajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas.

Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666.

Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu.

Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram."Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya.

"Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur." "Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang."Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil.

"Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah. Pada masa ini, Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit.

Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?" tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?"Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita.

"Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum.

Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Dari lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan.

Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikatgergasi dengan gaji permulaan RM3,900. Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70.

Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan.

Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apalagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang.

Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayarRM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun.

Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis. Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya.

Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baruRM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan.

Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula. Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta.Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak.

"Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja." Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit....

Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak. Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan dari bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan.

Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari atau pun mereka akan mengambil tindakan saman. Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yangsudah tiga bulan tertunggak.

"Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan,sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yangmenerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima"katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit.

Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini.""Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara."Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah.

Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar.

Dia merasa takut apabila dilanda musibat kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum. Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan.

Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu.

Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Diaberasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbartempatan.DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARULEHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO:XX-XXXX-XXXXBER:
SI POLAN BIN SI POLAN(NO. K/P:XXXXXX-XX-XXXX)
PenghutangEX-PARTE:XYZ BANK BERHAD........................................................................................................

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000.

Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak adacapa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai."

"Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yangmenghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurahdan pengampun." Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul.

Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim..." "Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat.

"Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang, RIBA dan Tiada BERKAT!

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa)

Fasa 1 - Kais sebulan makan sebulan setengah
Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan'Kais bulan makan sebulan setengah'. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2 - Kais bulan makan bulan
Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan kais bulan makan sebulan.Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpantelah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3 - Kais bulan makan setengah bulan
Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinyadigunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari.Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akansampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuranhutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa Terakhir - Kais bulan boleh makan seminggu
Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.

PrincipalOthreestudio.com

Thursday, May 8, 2008

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT...

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
- Wahai Fulan Anak Si Fulan.· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu· -
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu·
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.

"Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah·
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara·
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa·
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara

"Ketika Mayat Siap Dikafan ...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan·
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha·
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah·
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal·
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya·
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.

"Ketika MayatDiusung. ...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..·
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan·
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat·
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.

"Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..·
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat·
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik·
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.

"Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...·
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis·
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka·
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.

"Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... ..
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku·
Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu· Kasih Sayang-Ku·
Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
"Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Wednesday, May 7, 2008

Petikan ustaz akil..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramen jadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim suratBila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dansahabat handai kita agar masyarakatkita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!Allahhuakbar! )

Friday, February 29, 2008

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Tuesday, February 26, 2008

Pertama Kali....................

Inilah pertama kali aku cuba untuk menulis......

Coretan ini cuma mengisi kekosongan aku di kala aku sepi / off day / mc.......

Hari ni aku bangun lambat sket.. tido di dalam kepanasan semalam bila black out... anak2 aku terjaga dari lamunan mimpi ..... terpaksalah tunggu sehingga kilat tidak berbunyi lagi sebelum isteriku nyalakan semula elektrik.... barulah aku dapat tido semula dengan lenanya......

Aku rasa betul2 penat bila bangun dr tido... suara pun dah hilang.... MC la alamatnya bila tak ada suara nie.... ditambah pula dengan batuk dan sakit tekak..... aku tak suka MC tp kesihatan aku tidak membenarkan aku pergi kerja sambil membuat kerja yg tidak sepatutnya...

Cukup la kali ini...... aku masih lagi penat untuk terus menulis...... semoga kita sihat selalu....... Amin...