Thursday, September 11, 2008

Sudah 11 hari Ramadhan Berlalu...

Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk 12 hari kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Tanpa kita sedari, usia makin meningkat. Terlintas di dalam minda saya, adakah saya menggunakan masa yang diberi dengan penuh manfaat? Berapa lamakah kita luangkan masa utk beribadat kepada Allah? Adakah kita dapat luangkan masa kita bersama mak dan ayah kita di kala mereka memerlukan kita? Marilah kita berfikir sejenak....

Aku bersyukur pada Allah kerana dipanjangkan umur dan dapat meneruskan hidup ini bersama orang2 yang disayangi di keliling aku. Sepanjang aku bekerja sejak tahun 2003 sampai skrg ini, masa berbuka bersama keluargaku memang jarang memandangkan bekerja shift petang sampai ke malam. Terawikh pun sendirian. Dengan keadaan ekonomi yang tak begitu stabil, aku jarang pulang ke kampung. Di bulan yang mulia ini, aku memang suka balik ke kampung aku utk berbuka bersama-sama dengan adik beradik aku. Paling penting aku dapat merasa masakan emak aku yang tiada tandingannya. Dapat 1 hari susah memadai. Hari demi hari, aku lalui dengan tabah dengan penuh persoalan. Sampai bilakah aku harus hidup sedemikian rupa? Adakah aku mempunyai pilihan lain utk diusahakan agar aku ada masa aku sendiri bersama keluarga dan dapat beribadat di bulan Ramadhan?.

Tahun ini aku beraya di kampung mertua. Utk pertama kalinya, isteriku dan adik2 ipar aku akan menyambut raya tanpa ayah mereka. Aku masih lagi dapat menahan air mata di hari kematian beliau. Aku salah seorang yang memandikan jenazah. Mmg tak pernah aku melibatkan diri di dalam pemandian jenazah ini. Bukan takut tp cuma gerun sedikit bila memikirkan kisah2 yg tertulis di dalam Mastika. Walau bagaimanapun sebagai menantu sulong aku gagahkan diri. Arwah meninggalkan kami dengan penuh senyuman. Terdetik di hati aku, camana arwah dapat memiliki senyuman tersebut? Terkenangkan kisah hidup arwah, amalannya mmg dijaga dan beliau hidup tanpa hutang. Di dalam semua perkara, beliau tidak mahu berhutang. Kereta2 yang dimiliki olehnya dibeli secara tunai. Memang hebat bukan. Aku jua mempunyai impian hidup yang sama. Oleh itu, aku mesti terus berusaha tanpa pandang ke belakang. Hutang yang aku tanggung perlu ditukarkan kepada simpanan. Persoalannya bagaimana???

Untuk bertindak, kita harus tanya pada orang yang betul. InsyaAllah kita akan temui jalannya. Bagaimana dengan anda?


No comments:

Post a Comment