Sunday, April 26, 2009

Zakat Pendapatan

Bulan April ialah bulan bagi aku menunaikan zakat pendapatan setelah mendapat gaji dan bonus prestasi.. Aku pergi ke Pusat Pungutan Zakat pada hari ini utk menjelaskan zakat tersebut. Syukur pada Allah, aku dah menunaikan rukun Islam yang ke-3. Seperti yang kita maklum, ada 5 rukun Islam yang mesti ditunaikan. Ia adalah tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam.

  1. Mengucap dua kalimah syahadat - seseorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Mendirikan sembahyang lima waktu - Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh
  3. Mengeluarkan zakat - Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
  4. Berpuasa di bulan ramadhan - Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu
  5. Mengerjakan haji - Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat sekali seumur hidup
Kita kenalah bersyukur pada Allah dengan rezeki yang diberikan. Dengan rezeki tersebut, dapatlah kita membantu orang lain yang susah di sekeliling kita. Ia adalah tanggungjawab kita. Oleh itu, kita harus berusaha mencari rezeki yang halal dan dapat disumbangkan ke jalan yang sebaiknya.

"Berusahalah utk mengubah hidup kita. Salah kita sekiranya meninggalkan kesusahan pada waris kita setelah kita tiada di dunia ini"

1 comment:

  1. alhamdullillah,

    kalaulah semua orang boleh bayar zakat dan tau apa pentingnya zakat.

    ReplyDelete