============
Email dari hati
============
Email dari hati
============
E-mail dari abang ali yang membangkitkan semangat saya boleh dikongsi bersama;
Saudara Baha, salam perkenalan. Telah lama saya mengikuti saudara melalui laman muka buku.
SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang.
.
.
Abang kini berusia lewat 40an, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)gred 3 tahun 1980an. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai.Pada waktu itu SPM gred 3 `laku’ juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.
.
.
Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang. Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin. Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang Berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru.
.
.
Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain. Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.
.
.
Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan. Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 - RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.
.
.
Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan. Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri.Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.
.
.
Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja. Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak Ramai anak-anak Melayu tahu.
.
.
Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.
.
.
Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 – RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah Peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan,pertanian, pelancongan dan lain-lain.
.
.
Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai.

Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga. – ABANG ALI, Muar.
Sharing daripada Coach Bahar
No comments:
Post a Comment