Thursday, March 5, 2009

Kenangan 2003 & 2004



Kita berjumpa kali ini dengan gambar kenangan aku bersama kawan2 yang cukup hebat di Astro... Tanggal 5 Feb 2003, aku mulakan karier aku di sana dan dalam kiraan aku dah lebih 6 tahun aku bersama syarikat yang sama. Mereka di atas merupakan ahli kumpulan Earth. Aku ingin sekali perkenalkan mereka di dalam gambar di bawah.. Dari kiri belakang, aku, Choi, Razmie, Fadzli Kamal, dan Nathan.. Dari kiri tengah, Krishna, Nurulacikin, Naomi (Team Leader), Raja Intan Syafinaz (Team Leader), dan Ezrin. Di depan kiri, Priscilia, Linda dan Nora Idayu.. Gambar Rajan ada di dalam gambar yang lagi satu.

Dah banyak pengalaman kami lalui bersama. Hanya Fadzli Kamal, Choi, dan Priscilia telah melangkah keluar mencari perubahan di luar sana. Yang lain masih bersama tapi di dalam department yang berbeza. Setiap orang mempunyai impian yang harus dikejari dan usaha di dalam hidup mereka. Aku kadang2 berfikir sendirian kenapa aku masih bertahan. May be aku memerlukan medical benefit yang disediakan? Takut untuk mengharungi cubaan di luar? Takut mengejar impian?

Bagaimana pula dengan Anda? Tepuk dada tanya selera. Adakah kita sanggup biarkan impian kita dimusnahkah oleh orang lain?

Itu utk renungan bersama..


2 comments:

  1. baru nak sebut Kenangan 2004 taknak update ke...;p
    Melangkah keluar biar ke hadapan. Tak salah stay, kalau ada future kat situ. Tapi kalau dah masuk fasa takde hati nak keje, datang keje pun ikut suka pukul berapa, better leave la bro... Medical benefit company lain pun baguih jugak. Kalau dah masuk fasa yg aku kata ni, jangan tunggu lama2.
    satu je aku nak kata,member2 EARTH team & team leader is the best.

    ReplyDelete
  2. cuba ko tgk FB aku... ada gambar yang sama... TL kita pun dah letak komen... :D.. kata2nya:-

    "ye lah.... it was the best... akak miss u all too.... so much...ni rasa sebak tgk gambar ni.... hu hu hu"

    ReplyDelete