Thursday, September 25, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya...

Teristimewa buat teman-teman





Sempena tibanya bulan SYAWAL tidak lama lagi saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika:-





  • saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mau pun yang di sengaja,

  • saya ada menyakiti hati di antara anda semua saya ada terlanjur kata bila berbicara

  • dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini dan juga mohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya. semoga kita dapat menjalani HARI RAYA dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.


Salam, Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin " Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Thursday, September 11, 2008

Sudah 11 hari Ramadhan Berlalu...

Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk 12 hari kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Tanpa kita sedari, usia makin meningkat. Terlintas di dalam minda saya, adakah saya menggunakan masa yang diberi dengan penuh manfaat? Berapa lamakah kita luangkan masa utk beribadat kepada Allah? Adakah kita dapat luangkan masa kita bersama mak dan ayah kita di kala mereka memerlukan kita? Marilah kita berfikir sejenak....

Aku bersyukur pada Allah kerana dipanjangkan umur dan dapat meneruskan hidup ini bersama orang2 yang disayangi di keliling aku. Sepanjang aku bekerja sejak tahun 2003 sampai skrg ini, masa berbuka bersama keluargaku memang jarang memandangkan bekerja shift petang sampai ke malam. Terawikh pun sendirian. Dengan keadaan ekonomi yang tak begitu stabil, aku jarang pulang ke kampung. Di bulan yang mulia ini, aku memang suka balik ke kampung aku utk berbuka bersama-sama dengan adik beradik aku. Paling penting aku dapat merasa masakan emak aku yang tiada tandingannya. Dapat 1 hari susah memadai. Hari demi hari, aku lalui dengan tabah dengan penuh persoalan. Sampai bilakah aku harus hidup sedemikian rupa? Adakah aku mempunyai pilihan lain utk diusahakan agar aku ada masa aku sendiri bersama keluarga dan dapat beribadat di bulan Ramadhan?.

Tahun ini aku beraya di kampung mertua. Utk pertama kalinya, isteriku dan adik2 ipar aku akan menyambut raya tanpa ayah mereka. Aku masih lagi dapat menahan air mata di hari kematian beliau. Aku salah seorang yang memandikan jenazah. Mmg tak pernah aku melibatkan diri di dalam pemandian jenazah ini. Bukan takut tp cuma gerun sedikit bila memikirkan kisah2 yg tertulis di dalam Mastika. Walau bagaimanapun sebagai menantu sulong aku gagahkan diri. Arwah meninggalkan kami dengan penuh senyuman. Terdetik di hati aku, camana arwah dapat memiliki senyuman tersebut? Terkenangkan kisah hidup arwah, amalannya mmg dijaga dan beliau hidup tanpa hutang. Di dalam semua perkara, beliau tidak mahu berhutang. Kereta2 yang dimiliki olehnya dibeli secara tunai. Memang hebat bukan. Aku jua mempunyai impian hidup yang sama. Oleh itu, aku mesti terus berusaha tanpa pandang ke belakang. Hutang yang aku tanggung perlu ditukarkan kepada simpanan. Persoalannya bagaimana???

Untuk bertindak, kita harus tanya pada orang yang betul. InsyaAllah kita akan temui jalannya. Bagaimana dengan anda?