Tuesday, July 28, 2009

Rantai Yang Merosakan Akidah Muslim


Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.

Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.

Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.

“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,”
katanya.

Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.

“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam."


Bukan sekadar itu sahaja.............

Terdapat banyak rantai,gelang dan cincin yang diukir dgn nama Allah di dalam pasaran.




Saturday, July 18, 2009

Aduhai 4 orang Isteriku..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

Friday, July 17, 2009

sUkE mAkAN mALam????

MAKAN LEWAT - Kesan jangka panjang....

``MAMAK, teh tarik gelas besar satu, kasi tarik tinggi-tinggi tau. Kau bagi kopi O, `kaw' punya dekat kawan aku ni.'' ``Makan bos?'' ``Makan...roti canai telur sama nasi lemak sotong.
Cepat sikit ya. Lapar ni.''

``Okey, okey, siap!'

'Setelah penat bekerja dan menelaah pelajaran, tiada yang lebih enak daripada menikmati sekeping roti canai kosong, telur atau sardin yang baru diangkat dari kuali leper dan dicecah bersama kuah kari atau dal.

Selain itu, sepinggan nasi lemak yang masih 'berasap' bersama sambal sotong, lawan dengan segelas besar teh tarik atau kopi O `kaw' merupakan antara menu utama pada sebelah malam.
Kalau dahulu, makan di luar pada waktu malam adalah untuk memenuhi undangan tertentu tetapi kini perubahan gaya hidup telah menjadikannyasebahagian rutin harian termasuk selepas detik 12 malam.

Bukan sahaja para pekerja syif malam bahkan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, ahli keluarga, mereka yang tidak boleh tidur(penghidap insomnia) atau seseorang yang sedang dalam kesunyian dan mahu bersendirian.

Semuanya berpusu-pusu menceriakan suasana malam di warung-warung mahupun restoran-restoran sambil bersembang kosong atau isu-isu semasa di dalam ataupun luar negara.

Jika Selasa lalu kita didedahkan tentang belacan dan kaitannya dengan kanser sistem penghadaman, trend makan malam di luar ini pulamendatangkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kesihatan.

``Trend ini akan meninggalkan kesan jangka panjang yang tidak baik terhadap kesihatan seseorang kerana ia tidak memberikan peluang kepada lemak untuk dicernakan.

``Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantungdi mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

Menurutnya, makanan bergoreng yang mengandungi banyak lemak dan minyakmenyebabkan masalah kegemukan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit lain.

Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

Lain-lain penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

Dr. Tee berkata, lemak yang merupakan sumber kalori terbanyak gagal melalui proses penghadaman sempurna jika seseorang itu terus tidur selepas makan.

``Sekurang-kurangnya dua jam diperlukan sebelum tidur bagi membolehkan kalori dibakar dan dihantar ke tempat-tempat lain di dalam badan,'' katanya.

Pengambilan kalori yang melebihi keperluan harian (lelaki bersamaan 2,000 kalori manakala wanita 1,800) akan diubah menjadi lemak di dalamtubuh.

Jika seseorang makan 3,500 kalori lebih banyak dalam masa beberapa hari atau minggu, berat badan mereka akan naik 0.5 kilogram.

Seseorang itu akan kehilangan berat badan yang sama jika makan kurang daripada jumlah kalori berkenaan.
Ditanya tanggapan senaman ringan boleh membantu membakar lebihan lemak sebelum tidur, Dr. Tee bagaimanapun menyangkal tanggapan itu.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan menjadikan seseorang lebih cergas dan semakin sukar untuk melelapkan mata.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak (menggunakan santan) seperti mi goreng, masakan berkari, roti canai dan nasi lemak.
Sementara itu, minuman yang mengandungi kandungan gula berlebihan seperti teh tarik dan minuman berkarbonat juga perlu dikurangkan dandigantikan dengan susu atau kacang soya.

``Jika masih mahu makan malam, pilih makanan yang lebih sihat.``Contohnya, roti, sandwic, pau, salad atau ulam-ulaman, bijirin, biskut tanpa krim, makanan berasaskan sup, rebus, kukus atau panggang.

``Bagi para pekerja syif malam, mereka perlu memakan sesuatu pada waktu rehat bagi mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan selepas pukul 10 malam,'' katanya.
Mengulas lanjut, apabila seseorang makan lewat malam, mereka cenderung untuk meninggalkan sarapan kerana masih terasa kenyang sewaktu bangun tidur.

Sedangkan, sarapan penting untuk meningkatkan kadar metabolisme yang menjadi sumber tenaga seseorang untuk melakukan kerjanya.

Akibatnya, mereka hanya akan menunggu waktu makan tengah hari dan ini menyebabkan badan kekeringan zat makanan untuk satu tempoh yang panjang.

Tidak makan pagi menyebabkan kadar metabolisme berada pada kedudukan `gear rendah' seterusnya menyebabkan seseorang tidak aktif dan hilang daya tumpuan.

Dr. Tee turut melahirkan kekecewaannya apabila terkenangkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang berat badan ideal - indeks jisimtubuh (BMI)sendiri.

``Kalaulah mereka sedar kepentingan berat badan dan kesihatan, sudah tentu mereka akan mengingati berat badan masing-masing seperti nombor kad pengenalan,'' katanya.

Selain menyimpan alat penimbang berat badan di rumah, tahap kesihatan juga boleh ditentukan dengan mengukur lilitan pinggang. Seseorang itu berisiko mengalami masalah berat badan serius sekiranya mempunyai ukuran pinggang 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita, tambah Dr. Tee.

Memperkatakan tentang aliran baru ini tidakkan lengkap tanpa menyentuh tentang gangguan pemakanan berkaitan yang dikenali sebagai Sindrom Makan Malam (NES). Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam.

Mereka juga mengalami insomnia dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk. Rata-rata penghidap NES yang terdiri daripada golongan gemuk obes tidak boleh tidur selagi mereka tidak makan.

Mereka mengambil lebih separuh daripada keperluan kalori harian selepas pukul 7 atau 8 malam, terutamanya kek dan biskut rangup kayakarbohidrat. NES yang mula ditemui pada tahun 1950-an baru-baru ini mendapat cabang terbarunya yang dikenal pasti sebagai Sindrom Makan Tidur (SRES).

Kalau orang lain perlu bangun untuk makan, penderita SRES berjalan dalam tidur dan hanya menyedarinya pada pagi esok apabila terdapat lebihan jem pada muka dengan katil yang berselerak sisa-sisa makanan. NES dan SRES mempunyai persamaan dari segi gangguan tidur, dikatakan berpunca daripada tekanan dan menjadi pencetus obesiti.

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI): BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54
Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

RENUNGAN DI BULAN REJAB

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab:

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
*
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
*
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
*
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka
*
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
*
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
*
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
*
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
*
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
*
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
*
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim
*
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
*
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
*
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
*
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
*
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
*
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


* Sesiapa yang berpuasa
3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
* Berpuasa pada
27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
* Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
* Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
* Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


Saturday, July 4, 2009

Dulu lain sekarang lain...


Gambar di atas merupakan kenangan seorang kenalan aku semasa aku kerja di Kelana Jaya pada tahun 2007 dulu... Insan yang aku segani dan geruni.... Dulu dia nobody tapi sekarang ini dia dah jadi somebody... hebat bukan?

Friday, July 3, 2009

Tips memilih sahabat

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
  1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
  6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
  7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
  8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Thursday, June 18, 2009

FACEBOOK milik siapa?

Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

cid:005f01c9f086$1b9c93e0$d2ca09c0@Pltnmkt01

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?



cid:006001c9f086$1b9c93e0$d2ca09c0@Pltnmkt01

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .


p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U
so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

KAIN KAFAN BURUK

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi."Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

Pedoman hidup:-
Jadilah kita org² yg berilmu dlm serba serbi….tp biarlah berguru dgn guru yg mursyid, mualim/mualimah jg murabbi yg berbakti krn Lillahi Ta’ala…

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar



Sunday, June 14, 2009

PETUA MENJAGA HATI ISTERI

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


Friday, June 12, 2009

Sholat Subuh di Masjid

Seorang pria bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pria tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid.Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pria yg memegang lampu..

Dia menanyakan identiti pria tsb, dan pria itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali
di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'

Pria pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, pria pertama bertanya kepada pria yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Pria kedua menolak.
Pria pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya sama.
Pria pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
Pria kedua menjawab
Aku adalah Setan (devil/ evil).
Pria itu terkejut dgn jawaban pria kedua.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal di rumah saja,
kamu tetap memutuskan kembali masjid.
Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..'

Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tau ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut...

Thursday, June 11, 2009

Worth to share - WARREN BUFFET


'God determines who walks into your life..... It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go"

Thursday, May 28, 2009

Coretan bulan Mei..

Salam kepada semua......

Dah lama berehat menulis kerana kesihatan laptop aku terganggu... baru semalam ambil dari HP Damansara Service Center... barulah hari ini, aku dapat mencoret sesuatu di ruangan ini.. Syukurlah laptop aku masih di dalam warranty, dapat la tukar processor dengan percuma... Pegawai yang melayan aku semalam nasihatkan agar aku teruskan warranty program dengan membayar RM198 utk setahun... Aku akan fikirkan...

Hari ini juga aku kena ambil harta aku yang ke-3 di seksyen 7.... Kena korban masa tidur aku demi janji utk berjumpa dengan sales person pada kul 9 pagi.. Aku dah ambilnya setelah diberi penerangan sejelasnya. Orang lain membelinya sebelum membeli rumah tapi aku membelinya selepas membeli rumah... Aku pernah dinasihati oleh partner aku, Razmie... Katanya beli rumah lebih untung.. Harganya makin naik selepas kita membelinya... Ia tidak seperti membeli kereta kerana setelah kereta dibeli, harganya makin turun.... Aku akui kata2nya mmg benar... Cuba kalian tidak membayar 1 bulan installment utk rumah, bank terus menghantar surat reminder mengarahkan kita membayarnya dengan kadar yg segera... Kenapa bank bertindak sedemikian? Cuba renungkan bersama..

Esok bermula cuti sekolah... Aku akan pulang ke kampung halamanku utk melawat kedua-dua ibu bapa aku... Kesihatan mereka tak cukup sihat pada bulan ini. Aku dah hubungi ayah aku pagi tadi bertanyakan khabar berita. Katanya dia sudah semakin baik. Penyakit kencing manisnya dah berkurangan. Sambil mencelah, aku bertanya "masih makan di luar ker selepas isyak?"... Ayah aku cakap dah kurang makan di luar skrg ini. Melalui pemerhatian aku, semakin tua kita , semakin byk penyakit menunggu.. Oleh itu, kita kena hidup bersukan dan amalkan pemakanan yang sihat agar kita dapat jauhi diri daripada penyakit2 kronik. Bila dah kena, kita kenalah cari ubat utk teruskan hidup...

Oklah kawan2... Nak rehatkan badan sebentar sebelum solat Jumaat. Kita berjumpa lagi di bulan Jun..

Sunday, April 26, 2009

Zakat Pendapatan

Bulan April ialah bulan bagi aku menunaikan zakat pendapatan setelah mendapat gaji dan bonus prestasi.. Aku pergi ke Pusat Pungutan Zakat pada hari ini utk menjelaskan zakat tersebut. Syukur pada Allah, aku dah menunaikan rukun Islam yang ke-3. Seperti yang kita maklum, ada 5 rukun Islam yang mesti ditunaikan. Ia adalah tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam.

  1. Mengucap dua kalimah syahadat - seseorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Mendirikan sembahyang lima waktu - Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh
  3. Mengeluarkan zakat - Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
  4. Berpuasa di bulan ramadhan - Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu
  5. Mengerjakan haji - Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat sekali seumur hidup
Kita kenalah bersyukur pada Allah dengan rezeki yang diberikan. Dengan rezeki tersebut, dapatlah kita membantu orang lain yang susah di sekeliling kita. Ia adalah tanggungjawab kita. Oleh itu, kita harus berusaha mencari rezeki yang halal dan dapat disumbangkan ke jalan yang sebaiknya.

"Berusahalah utk mengubah hidup kita. Salah kita sekiranya meninggalkan kesusahan pada waris kita setelah kita tiada di dunia ini"

Tuesday, April 21, 2009

Surat, surat...

Surat yang ditunggu sudah diperolehi semalam... Syukur pada Allah... aku masih diperlukan..... pada asasnya, mana2 jawapan pun aku terima dengan hati yang terbuka...

Sudah 6 tahun 2 bulan 17 hari, aku sudah bersama majikan aku... from nothing to something.. aku join sebelum aku kahwin dengan isteri aku.... sekarang nie aku dah memiliki 3 orang anak dan juga sebuah rumah... itulah hasilnya.... dah byk liku2 hidup yang aku lalui bersama kawan2 di tempat kerja. Apa yang lebih penting, kita kena tahu apa yang kita hendaki di dunia ini. Letakkan matlamat kita yang kukuh agar kita tidak mudah goyah bila diuji dan ketika kawan2 meninggalkan kita.

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan2 dan sedara2 yang mendoakan kebaikan utk diri aku nie.

Thursday, April 16, 2009

Apasal la aku malas sembahyang???

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Monday, April 13, 2009

Cameron Highland 11-12 April 2009





Tanggal 10 April yang lepas kami bertolak ke Cameron Highland seperti yang dirancangkan sebulan yang lalu. Dah lama aku tak menjejak kaki di sana. Paling terakhir pada tahun 2001. Kali ni aku dan rakan kerja ke sana utk meluang masa bersama2 setelah penat bekerja. -:)

Monday, April 6, 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI


dari Dr Fadzilah Kamsah

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal.....


What Will Happen to US???


Satu persoalan ditimbulkan oleh Encik Shaharuddin yang sukar sekali saya jawab.... 

Adakah majikan menentukan masa depan kita ataupun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat di manakah penghujungnya...

Jeng Jeng Jeng.... 

Ikhlas tapi jauh..

Sunday, April 5, 2009

Mohon dihilangkan rasa berdebar-debar..

Hari ini saya kongsikan doa yang dititipkan dari Darussyifa..Perasaan berdebar-debarpenyakit was was, risau dan sebagainya adalah penyakit hati yang disebabkan kerana cinta kepada dunia dan jauh dari Allah SWT..

Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:

a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."


Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan lain-lain dengan lisan

c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis sembahyang fardu.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit hati.

Originally from:-

Saturday, March 28, 2009

Padang Kota, Penang.... 21 March 2009












Kami berkesempatan berjalan-jalan di Padang Kota pada minggu lepas selepas makan kenduri di Kampung Air Musang, Gerik (kenduri adik Joe Plang). Niat cuma ingin menaiki feri selepas minum petang tetapi jalan jammed menuju ke pelabuhan feri. Kami terus melupakan niat kami tersebut.

Dapt juga meluangkan masa petang bersama2 makcik Shidah ke sana. Gambar lain ada tersimpan di dalam kamera kak edah. Nanti saya masukkan utk tatapan saudara-saudari semua.

Jumpa lagi di lain waktu.