Thursday, June 11, 2009

Worth to share - WARREN BUFFET


'God determines who walks into your life..... It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go"

Thursday, May 28, 2009

Coretan bulan Mei..

Salam kepada semua......

Dah lama berehat menulis kerana kesihatan laptop aku terganggu... baru semalam ambil dari HP Damansara Service Center... barulah hari ini, aku dapat mencoret sesuatu di ruangan ini.. Syukurlah laptop aku masih di dalam warranty, dapat la tukar processor dengan percuma... Pegawai yang melayan aku semalam nasihatkan agar aku teruskan warranty program dengan membayar RM198 utk setahun... Aku akan fikirkan...

Hari ini juga aku kena ambil harta aku yang ke-3 di seksyen 7.... Kena korban masa tidur aku demi janji utk berjumpa dengan sales person pada kul 9 pagi.. Aku dah ambilnya setelah diberi penerangan sejelasnya. Orang lain membelinya sebelum membeli rumah tapi aku membelinya selepas membeli rumah... Aku pernah dinasihati oleh partner aku, Razmie... Katanya beli rumah lebih untung.. Harganya makin naik selepas kita membelinya... Ia tidak seperti membeli kereta kerana setelah kereta dibeli, harganya makin turun.... Aku akui kata2nya mmg benar... Cuba kalian tidak membayar 1 bulan installment utk rumah, bank terus menghantar surat reminder mengarahkan kita membayarnya dengan kadar yg segera... Kenapa bank bertindak sedemikian? Cuba renungkan bersama..

Esok bermula cuti sekolah... Aku akan pulang ke kampung halamanku utk melawat kedua-dua ibu bapa aku... Kesihatan mereka tak cukup sihat pada bulan ini. Aku dah hubungi ayah aku pagi tadi bertanyakan khabar berita. Katanya dia sudah semakin baik. Penyakit kencing manisnya dah berkurangan. Sambil mencelah, aku bertanya "masih makan di luar ker selepas isyak?"... Ayah aku cakap dah kurang makan di luar skrg ini. Melalui pemerhatian aku, semakin tua kita , semakin byk penyakit menunggu.. Oleh itu, kita kena hidup bersukan dan amalkan pemakanan yang sihat agar kita dapat jauhi diri daripada penyakit2 kronik. Bila dah kena, kita kenalah cari ubat utk teruskan hidup...

Oklah kawan2... Nak rehatkan badan sebentar sebelum solat Jumaat. Kita berjumpa lagi di bulan Jun..

Sunday, April 26, 2009

Zakat Pendapatan

Bulan April ialah bulan bagi aku menunaikan zakat pendapatan setelah mendapat gaji dan bonus prestasi.. Aku pergi ke Pusat Pungutan Zakat pada hari ini utk menjelaskan zakat tersebut. Syukur pada Allah, aku dah menunaikan rukun Islam yang ke-3. Seperti yang kita maklum, ada 5 rukun Islam yang mesti ditunaikan. Ia adalah tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam.

  1. Mengucap dua kalimah syahadat - seseorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Mendirikan sembahyang lima waktu - Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh
  3. Mengeluarkan zakat - Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
  4. Berpuasa di bulan ramadhan - Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu
  5. Mengerjakan haji - Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat sekali seumur hidup
Kita kenalah bersyukur pada Allah dengan rezeki yang diberikan. Dengan rezeki tersebut, dapatlah kita membantu orang lain yang susah di sekeliling kita. Ia adalah tanggungjawab kita. Oleh itu, kita harus berusaha mencari rezeki yang halal dan dapat disumbangkan ke jalan yang sebaiknya.

"Berusahalah utk mengubah hidup kita. Salah kita sekiranya meninggalkan kesusahan pada waris kita setelah kita tiada di dunia ini"

Tuesday, April 21, 2009

Surat, surat...

Surat yang ditunggu sudah diperolehi semalam... Syukur pada Allah... aku masih diperlukan..... pada asasnya, mana2 jawapan pun aku terima dengan hati yang terbuka...

Sudah 6 tahun 2 bulan 17 hari, aku sudah bersama majikan aku... from nothing to something.. aku join sebelum aku kahwin dengan isteri aku.... sekarang nie aku dah memiliki 3 orang anak dan juga sebuah rumah... itulah hasilnya.... dah byk liku2 hidup yang aku lalui bersama kawan2 di tempat kerja. Apa yang lebih penting, kita kena tahu apa yang kita hendaki di dunia ini. Letakkan matlamat kita yang kukuh agar kita tidak mudah goyah bila diuji dan ketika kawan2 meninggalkan kita.

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan2 dan sedara2 yang mendoakan kebaikan utk diri aku nie.

Thursday, April 16, 2009

Apasal la aku malas sembahyang???

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Monday, April 13, 2009

Cameron Highland 11-12 April 2009





Tanggal 10 April yang lepas kami bertolak ke Cameron Highland seperti yang dirancangkan sebulan yang lalu. Dah lama aku tak menjejak kaki di sana. Paling terakhir pada tahun 2001. Kali ni aku dan rakan kerja ke sana utk meluang masa bersama2 setelah penat bekerja. -:)

Monday, April 6, 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI


dari Dr Fadzilah Kamsah

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal.....


What Will Happen to US???


Satu persoalan ditimbulkan oleh Encik Shaharuddin yang sukar sekali saya jawab.... 

Adakah majikan menentukan masa depan kita ataupun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat di manakah penghujungnya...

Jeng Jeng Jeng.... 

Ikhlas tapi jauh..

Sunday, April 5, 2009

Mohon dihilangkan rasa berdebar-debar..

Hari ini saya kongsikan doa yang dititipkan dari Darussyifa..Perasaan berdebar-debarpenyakit was was, risau dan sebagainya adalah penyakit hati yang disebabkan kerana cinta kepada dunia dan jauh dari Allah SWT..

Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:

a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."

Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan dengan memperbanyak zikrullah.

Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."


Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan lain-lain dengan lisan

c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.

Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis sembahyang fardu.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit hati.

Originally from:-

Saturday, March 28, 2009

Padang Kota, Penang.... 21 March 2009












Kami berkesempatan berjalan-jalan di Padang Kota pada minggu lepas selepas makan kenduri di Kampung Air Musang, Gerik (kenduri adik Joe Plang). Niat cuma ingin menaiki feri selepas minum petang tetapi jalan jammed menuju ke pelabuhan feri. Kami terus melupakan niat kami tersebut.

Dapt juga meluangkan masa petang bersama2 makcik Shidah ke sana. Gambar lain ada tersimpan di dalam kamera kak edah. Nanti saya masukkan utk tatapan saudara-saudari semua.

Jumpa lagi di lain waktu.

Friday, March 27, 2009

MT yg dipilih....


Era pemimpin baru bakal bermula... 

Tanggungjawab yang diberi amatlah berat sebagai pemimpin @ khalifah di dunia ini. Ia bukan terjadi secara automatik tapi mereka dipilih daripada semua bahagian.

Marilah kita sama2 menunggu dan melihat perubahan yang bakal dibuat dan semoga ia memberi manafaat kepada orang yang memilih. 

"Bangunkanlah mereka yang sedang tidur dan bimbingkanlah mereka ke jalan yang benar".


Wednesday, March 18, 2009

5 Perkara....

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. 

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. 

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa? 

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. 

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. 
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Thursday, March 5, 2009

Kenangan 2003 & 2004



Kita berjumpa kali ini dengan gambar kenangan aku bersama kawan2 yang cukup hebat di Astro... Tanggal 5 Feb 2003, aku mulakan karier aku di sana dan dalam kiraan aku dah lebih 6 tahun aku bersama syarikat yang sama. Mereka di atas merupakan ahli kumpulan Earth. Aku ingin sekali perkenalkan mereka di dalam gambar di bawah.. Dari kiri belakang, aku, Choi, Razmie, Fadzli Kamal, dan Nathan.. Dari kiri tengah, Krishna, Nurulacikin, Naomi (Team Leader), Raja Intan Syafinaz (Team Leader), dan Ezrin. Di depan kiri, Priscilia, Linda dan Nora Idayu.. Gambar Rajan ada di dalam gambar yang lagi satu.

Dah banyak pengalaman kami lalui bersama. Hanya Fadzli Kamal, Choi, dan Priscilia telah melangkah keluar mencari perubahan di luar sana. Yang lain masih bersama tapi di dalam department yang berbeza. Setiap orang mempunyai impian yang harus dikejari dan usaha di dalam hidup mereka. Aku kadang2 berfikir sendirian kenapa aku masih bertahan. May be aku memerlukan medical benefit yang disediakan? Takut untuk mengharungi cubaan di luar? Takut mengejar impian?

Bagaimana pula dengan Anda? Tepuk dada tanya selera. Adakah kita sanggup biarkan impian kita dimusnahkah oleh orang lain?

Itu utk renungan bersama..


Tuesday, March 3, 2009

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG


Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.

 

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

 

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

 

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

 

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

 

4. Memandang hina pada golongan bawahan. 

 

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

 

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

 

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.


8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

 

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

 

 10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

 

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

 

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

 

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

 

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

 

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

 

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

 

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

 

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

 

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

 

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

 

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

 

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

 

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

 

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

 

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

 


Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

 

SEBAB-SEBAB SOMBONG

 

Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.

 

Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

 

1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.

 

2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada  pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.

 

3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.

 

4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan  diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

 

5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas  merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.

 

6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.

 

 7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya. Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.

 

Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.

 

Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Tuesday, February 24, 2009

Hp Idaman Kalbu.......

Salam pada kawan2 semua...

Hp di atas aku temui pada tahun lepas 1 Disember 2008 di TESCO Taiping... nampak mmg hebat... niat di hati mmg nak beli pada hari tersebut tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya, aku pendamkan niatku itu... 

Di dalam pemerhatian aku, hp tersebut tak ada 3G... satu kelemahan tapi aku tak kisah sangat... sekadar digunakan utk SMS can CALL sudah memadai....

Harganya lebih mahal daripada hp SonyErikkson wife aku.... :D

Ada rezeki akan dibeli jua nanti.... 

Impian kita harus digenggam bukan dibiarkan begitu sahaja.... 


U Will Know What Is Better When It Comes To Earning Money...

Tomato Story 

A Jobless man applied for the position of 'office boy' at Microsoft. 
The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.

'You are employed' he said.  Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when  you may start. 

The man replied 'But I don't have a computer, neither an email'. 
  
'I'm sorry', said the HR manager. If you don't have an email, that means you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job.' 

The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate. 
He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, 
he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times, 
and returned home with $60.

The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return late. Thus, his money doubled or tripled everyday. 

Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own fleet of delivery vehicles. 

5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US 
He started to plan his family's future, and decided to have a life insurance. 

He called an insurance broker, and chose a protection plan. 
When the conversation was concluded the broker asked him his email. 
The man replied,'I don't have an email.' 
The broker answered curiously, 'You don't have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an e mail?!!' The man thought for a while and replied, 'Yes, I'd be an office boy at Microsoft!' 
Moral of the story 
  
Moral 1 
Internet is not the solution to your life. 

Moral 2   
If you don't have Internet, and work hard, you can be a millionaire. 

Moral 3 
If you received this message by email, 
you are closer to being a office boy/girl,than a millionaire..........

Monday, December 29, 2008

Kenduri Firdaus Kamaruzzaman...



Berjumpa lagi di kita di dalam era blog ini. Syukur pada Allah swt, dgn izin-Nya, kita dapat lagi menyambut tahun baru Maal Hijrah pada tahun ini.



Gambar di atas ini ialah gambar kenduri sepupu aku di Kapar, Selangor.. anak kepada Mak Teh Timah.. ramai saudara mara dari Gerik dapat menghadirkan diri termasuklah mak dan ayah aku sendiri. Peluang utk melawat anak2 di Klang Valley terutama sekali dapat tgk rumah adik aku, Zaaba di seksyen 7, Bandar Baru Bangi...



Di sebelah kiri aku, Mak Long Rabiah (mak kepada Zack, yg berbaju orange). Dapat juga meluangkan masa utk berjumpa dengan cucu di Serendah dan juga Putrajaya. Bukan senang nak jumpa cucunya, Izzat setelah ayahnya meninggal dunia selepas kemalangan jalanraya pada tahun 1995.. beliau membesar di Kepong bersama2 dengan emak dan juga adik2nya. Zack sedang mendukung anaknya, Maisarah yang baru lepas kena chicken pork.. tak menangis pun menanggung kesakitan tersebut.. cuma menangis di kala lapar dan dahaga.. kagum aku dibuatnya...



Di belakang aku, berdirinya adik bongsu aku - Abdul Muhaimin bersama2 dengan sepupu2 aku - Ilyanie dan juga Izzatie. Muhaimin dan ILyanie masih muda dan belajar di insitut pengajian tinggi.. Manakala Izzatie menunggu result SPM.. InsyaAllah mereka bakal merangkul segulung ijazah utk dihadiahkan kepada ibubapa mereka.. Marilah kita doakan agar mereka berjaya demi masa depan mereka sendiri...



Di depan aku ialah anak aku sendiri.. Faizatun Najah dan juga Nur Firdaus Fawaz... dah pandai bergaya di depan kamera mengalahkan ayahnya yang mmg tak suka bergambar... :D



Gambar ini ditujukan utk tatapan sepupu aku, Gee di Doha....



Wednesday, November 26, 2008

Cuti Sekolah.....

Memang best jadi cikgu bila dapat bercuti panjang pada hujung tahun kan?? Macam2 boleh plan dan boleh pergi ke mana saja.. Plan mmg byk tapi cuti aku dibekukan... so, aku terpaksa kerja dan terus bekerja.... aku benarkan isteri dan anak2 aku pulang ke rumah mertua... biarkan mereka menikmati cuti persekolahan bersama2 org yang disayangi.. aku pula menjaga rumah yang setia... :D
Bulan depan plak raya haji... aku cuma dapat cuti 1 hari sahaja... camana aku nak buat agar aku dapat cuti panjang dan dapat temani ibu dan ayah aku di kg... mmg dah berpakat nak buat aqiqah dan korban pada hari raya tersebut bersama2 sepupu2 dan juga pakcik saudara.. malahan dapat menyambut kenduri abg daniar (nya)... dah tiba masanya dia memikirkan masa depannya sendiri...
Tanggal 14 Disember pula, sepupu aku di Kapar, Selangor akan menyambut kenduri kahwin beliau... berkahwin di usia muda... ada kebaikannya pada setengah org.. ia mungkin dapat mengelakkan maksiat di kalangan golongan muda yang semakin teruk... melalui pengalaman kawan2 aku, mereka dapat menyelamatkan diri mereka daripada terjerumus di dalam kancah maksiat bila dan berkahwin... mereka bertambah matang bila memikirkan tanggungjawab ke atas keluarga mereka sendiri... kata2 yg aku pernah dengar.. syukurlah aku kahwin awal.. kalau tak, tak tahu la apa akan jadi pada diri aku ni??... kepada Firdaus, berfikirlah dengan lebih matang dan fikirkan masa depan family anda... Anda akan menjadi khalifah di muka bumi ini....
20hb Disember? aku ada appointment dengan doktor aku pula.... sampai bilakah aku akan terus bergantung pada steroid??? tak ada penyelesaian lainkah yang perlu dibuat... :)
oklah... i am tired... it is a time for me to sleep...

Thursday, October 23, 2008

Projek Rumpai Laut di Semporna, Sabah




Tanggal 18 & 19 hb Oktober yang lepas, aku ke Semporna, Sabah utk melihat tanaman rumpai laut yang diusahakan di sana... Partner aku, Wan Syahidi menghantar aku ke LCCT di awal pagi... Terima kasih diucapkan... Tanp kuduga, berjumpa pula dengan cousin aku, Azam di sana yang membawa ahli koperasi ke sana...

Pertama kali naik flight ke Tawau mmg mengerunkan.... Bertolak pada pukul 6.55 pagi... kalau aku senyap, lagi la takut jadinya.. So, aku pun berborak dengan seorang askar TUDM yang balik ke rumah mertuanya di sana... Dia nampak cool jer.... Aku tak tidur sepanjang perjalanan kerana asyik berborak dengan pegawai askar tersebut...

Selepas 2 jam 30 minit, kami sampai ke Tawau... mmg indah pemandangan di sana... dari udara kelihatan sungai yang bersimpang siur... hutan bakau dan macam2 lagi... sungguh hebat ciptaan Allah...

Maaf nak ke masjid... menunaikan solat jumaat.. sambung lagi kemudian... Adios....