Tanggal 10 April yang lepas kami bertolak ke Cameron Highland seperti yang dirancangkan sebulan yang lalu. Dah lama aku tak menjejak kaki di sana. Paling terakhir pada tahun 2001. Kali ni aku dan rakan kerja ke sana utk meluang masa bersama2 setelah penat bekerja. -:)
Pengedar sim kad ONE XOX diperlukan seluruh Malaysia.
UNTUK MEMESAN SIM KAD XOX ATAU TAMBAH NILAI,
Mesej saya segera, KLIK DI SINI !
Monday, April 13, 2009
Cameron Highland 11-12 April 2009
Tanggal 10 April yang lepas kami bertolak ke Cameron Highland seperti yang dirancangkan sebulan yang lalu. Dah lama aku tak menjejak kaki di sana. Paling terakhir pada tahun 2001. Kali ni aku dan rakan kerja ke sana utk meluang masa bersama2 setelah penat bekerja. -:)
Monday, April 6, 2009
8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
| dari Dr Fadzilah Kamsah
|
What Will Happen to US???
Sunday, April 5, 2009
Mohon dihilangkan rasa berdebar-debar..
Ali bin Thalib pernah berkata: "Apabila hati seseorang telah dipenuhi dengan cinta dunia, ia akan terkena 3 penyakit:
a) Rasa risau yang tidak berkesudahan.
b) Rasa tamak yang berlebihan.
c) Harapan yang berlebihan yang tidak pernah tercapai."
Tidak ada jalan lain untuk menghilangkan penyakit tersebut melainkan dengan memperbanyak zikrullah.
Firman Allah dalam Al-Qur'an [13:28] yang bermaksud, "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."
Zikir kepada Allah ada 3:
a) Mengenal Allah SWT dengan sifat dan asma'-Nya
b) Menyebut dan membesarkan sifat dan asma' Allah, bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan lain-lain dengan lisan
c) Mempelajari hukum Allah untuk mengenal perintah-Nya, sehingga dijalankan atau mengenal larangan-Nya sehingga ditinggalkan.
Zikir yang paling basic, ada seperti yang dinyatakan di bawah. Selain mengamalkan doa di atas, elok diamalkan zikir ini setiap kali habis sembahyang fardu.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis sahih Muslim)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada penyakit hati.
Saturday, March 28, 2009
Padang Kota, Penang.... 21 March 2009





Friday, March 27, 2009
MT yg dipilih....

Wednesday, March 18, 2009
5 Perkara....
Thursday, March 5, 2009
Kenangan 2003 & 2004


Kita berjumpa kali ini dengan gambar kenangan aku bersama kawan2 yang cukup hebat di Astro... Tanggal 5 Feb 2003, aku mulakan karier aku di sana dan dalam kiraan aku dah lebih 6 tahun aku bersama syarikat yang sama. Mereka di atas merupakan ahli kumpulan Earth. Aku ingin sekali perkenalkan mereka di dalam gambar di bawah.. Dari kiri belakang, aku, Choi, Razmie, Fadzli Kamal, dan Nathan.. Dari kiri tengah, Krishna, Nurulacikin, Naomi (Team Leader), Raja Intan Syafinaz (Team Leader), dan Ezrin. Di depan kiri, Priscilia, Linda dan Nora Idayu.. Gambar Rajan ada di dalam gambar yang lagi satu. Tuesday, March 3, 2009
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya. Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.
Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
Ustaz Hj Ashaari Muhammad
Tuesday, February 24, 2009
Hp Idaman Kalbu.......

U Will Know What Is Better When It Comes To Earning Money...
Monday, December 29, 2008
Kenduri Firdaus Kamaruzzaman...

Wednesday, December 17, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Cuti Sekolah.....
Thursday, October 23, 2008
Projek Rumpai Laut di Semporna, Sabah
Thursday, September 25, 2008
Selamat Menyambut Hari Raya...

Sempena tibanya bulan SYAWAL tidak lama lagi saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika:-
- saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mau pun yang di sengaja,
- saya ada menyakiti hati di antara anda semua saya ada terlanjur kata bila berbicara
- dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini dan juga mohon dihalalkan semuanya.
" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin " Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
Thursday, September 11, 2008
Sudah 11 hari Ramadhan Berlalu...
Saturday, August 30, 2008
Merdeka, Merdeka, Merdeka.....


Sunday, August 24, 2008
Ramadhan Menjelang Lagi.....
Hari ini aku masuk kerja ptg... Tak ada apa yang nak diuruskan lagi selepas membuat bayaran kpd lawyer utk pembelian rumah di Bangi ini... Paling kurang 10k sudah dihabiskan utk beli sebiji rumah.... bermula bulan nie bermulalah pembayaran bulanan kepada pihak bank selama 28 tahun... bila umur 59 tahun, barulah habis bayar rumah tersebut... di dalam minda ini, tertanya2, ada tak cara camana nak langsaikan hutang rumah ini dalam tempoh yang terdekat. May be boleh bayar bulanan 9-10 tahun seperti mana kita membeli kereta... boleh ker? Apa yang harus kita lakukan utk mencapai impian kita tersebut? Marilah kita sama2 muhasabah diri kita utk dapatkan jalannya....
Kita berbalik pada tajuk di atas.... Syukur Alhamdulillah kita dipanjangkan umur pada tahun ini utk sama2 berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun lepas saya byk berbuka di Kelana Jaya bersama2 kawan kerja... Sekiranya habis kerja pukul 7 malam, kami segera ke masjid yang berdekatan. Dapatlah sama2 berjemaah berbuka dan solat maghrib... Kalau tak, saya akan singgah di rumah kak saya di BK3 Puchong... Makan ala kadar jer tp berat badan naik juga... ish ish ish.... Tapi tahun ini saya dah kawan2 kerja dah berpindah ke Capsquare, KL. Tak tahu lagi ke manakah harus kami tuju utk berbuka kali ini.
Bila sebut pasal Ramadhan, terfikir plak mcm mana nak balik raya, nak sediakan duit raya, beli baju raya dan macam2 lagi..... sekiranya tak berjimat di bulan Ramadhan, mmg semakin sengkek la jawabnya... ditambah pula dengan kos pulang ke kampung.... pening pening..... dah 5 tahun asyik pening jer tapi tak ada apa2 tindakan.... tahun nie mmg nak kena ada duit extra.. beraya di rumah mertua dulu.... niat di hati nak juga belikan baju raya pada adik2 ipar.. mengenangkan pak mertua sudah tiada lagi di dunia ini, saya harus menceriakan mereka.. tak sanggup tgk mereka bersedih mahupun berduka di pagi raya... Kena la saya berusaha utk dapatkan duit raya utk mereka semua..... Lagipun jasa arwah pak mertua mmg sentiasa terpahat di hati.... salah seorang insan yang saya hormati.... persoalannya, duit duit di manakah duit...... :)
Oklah nak kena bersiap pergi kerja pula..... Esok cuti tapi ada plan sampai malam.... Pada saya, "Hidup mesti ada usaha utk keluar daripada masalah kewangan"....
Saturday, August 2, 2008
Anak2 aku yg disayangi....
Ok here we go about my family.. mesti kawan2 tertanya2 siapakah hero & heroin di atas ini... heroin tersebut adalah anak sulung saya, Faizatun Najah nama diberi.. 23/5/2004 dia dilahirkan di Hospital Teluk Intan.. dah berumur 4 tahun.. dia sudah dihantar ke PASTI oleh isteri aku... bukan apa, cuba bagi dia peluang berkawan di sana selain mengelakkan daripada bergaduh dengan ayahnya utk menonton kartun di Astro.. :P
Hero yang di sebelah Faizatun Najah ialah Nur Firdaus Fawaz. Tanggal 27/12/2005 beliau dilahirkan di Hospital Kajang.... umurnya? kira la sendiri.. anda lebih hebat daripada saya di dalam kiraan.. :)..... dia merupakan anak yg ke-2 di dalam keluarga saya.. waris lelaki yg pertama.. mesti diajar erti hidup agar dia boleh jadi hebat seperti org lain... kenal siapa saudara-mara di keliling beliau agar ikatan kekeluargaan Haji Mahmud tidak akan dilupakan...
Pada saya, keluarga menjadi no. 1 di dalam apa2 perkara.. Saya ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih ke atas mak saya, Hajjah Hasnah Ibrahim dan ayah saya, Haji Abdul Ralib yg telah melahirkan dan membesarkan saya... Merekalah inspirasi saya di dalam mengharungi hidup saya ini. pada mereka, keluarga MESTI diutamakan di dalam apa2 perkara... pengorbanan mereka cukup hebat di dalam membesar saya dan adik2 beradik saya yg lain.... kadang kala saya berfikir sendirian, adakah saya setabah mereka di dalam mengharungi hidup saya ini?... cukupkah kasih sayang yg saya curahkan kpd mereka sebagaimana mereka menyayangi saya hingga kini?... sayangilah mak dan ayah kita selagi mereka ada... ucapkan kata2 sayang pada mereka agar mereka tahu kita sayangi mereka...
Opssss dah lari tajuk..... berbalik pada cerita anak2 aku.... ada lagi seorang hero... Syazwan Muqri nama diberikan... dilahirkan pada 17/7/2007.... tak der pulak gambar di dalam my document komputer ini... insyaAllah di masa depan saya akan masukkan... maaf..... dia adalah anak bongsu aku... terima kasih aku nak ucapkan pada isteri aku yang disayangi, Samahah Md Suhot... tanpa beliau tidak mungkin ada anak2 aku di dunia ini.... pada aku, dia cukup penyabar, tabah, dan penyayang kepada kami semua...
To All of U, I Love U All So Much!!!!
Daddy love u All....... Please remember that......

